Sunday, June 16, 2013

SELAMAT HARI BAPA!!

Sunday, June 16, 2013


Selamat Hari Bapa kepada semua bapa2 didunia ini...
Kepada suami tercinta, kau adalah seorang bapa yang hebat kepada dua orang puteri kita. Sentisa bersabar dengan karenah anak-anak, selalu beermesra dengan anak-anak membuat kan ku bahagia dengan keadaan itu. Semoga kasih sayangmu kepada kami akan berkekalan hingga ke akhirat....
Kepada arwah bapa kandungku Hj. Baharudin bin Mohd Ali, walaupun kau telah lagi tiada didunia ini, tapi kenangan bersamamu tak akan susut dalam lipatan kenangan ku. Kau juga seorang bapa yang hebat bagi ku, kau seorang yang suka berjenaka, seorang yang periang dan kalau kau marah kau akan mendiamkan diri. Jasa abah dalam membesarku, pengorbanan abah dalam menjadikanku seorang yang berguna hanya Allah dapat membalasnya...semoga yang bahagia-bahagia saja di sana ye bah!!! Abah seorang yang berfikiran panjang, apabila dia tiada lagi didunia ini, baru aku faham kesmua tindak tanduknya dan perancangannya semasa hidup, akhirnya kesenangan yang ditinggalkan kepada keluarganya yang ditinggalkan tanpa bebanan yang kami tanggung.... abah u are superb!! luv u abah....Moga di dunia sana nanti kita dapat berjumpa kembali kerana Along sangat-sangat rindukan abah...(Al-Fatihah)
Kepada arwah bapa mertuaku, Hj Ariffin bin Lajin. Kau juga seorang bapa yang hebat bagi ku. Kasih sayang mu, jagaan mu terhadapku tidak akan aku lupakan. Allah hanya membenarkan ku mengenali mu selama 4 tahun sahaja. Tetapi didalam 4 tahun itu, banyak kenangan indah yang terakam didalam ingatanku bersamamu. Aku ingat kembali, setelah abah ku pergi meninggalkan ku, hanya padamu aku dapat menumpang kasih. Saat aku mahu pulang berhari raya bersama ibu ku, aku sempat memeluk mu kerana dan menciummu kerana aku betul-betul sayang kepadamu, kalau kau terlantar sakit, tetap kau ingat dan risaukan keadaanku, masih lagi kau ingat makanan kegemaranku..sambal arwah Umi...saat kau terlantar sakit masih kau sibuk dan risau dengan kami yang sihat. Abah...Abah....  :) Abah, memori indah yang tercipta bersamamu akan aku abadikan dalam jiwaku, moga kau bahagia disana ye bah...dan harapanku agar aku dapat berjumpa dengan mu semula di dunia yang kekal abadi nanti.
Kepada ayahku, Hj. Abu Ani Shawal. Terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup kami. Terima kasih kerana telah mengambil ibu kami sebagai suri hidupmu, terima kasih kerana menjaga ibu kami, dan terima kasih atas keprihatinan ayah kepada kami. Semoga Allah melanjutkan usia ayah dan semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada ayah agar kami dapat merakamkan lebih kenangan bersama ayah....

Selamat Hari Bapa kepada Semua....


post signature

Wednesday, June 12, 2013

S to the T to the R to the E to the S to the S=??

Wednesday, June 12, 2013


Amik Kau!!! Gambar bukan main gedabak lagi....

Macam gambar tu, macam tu lah Cik Bunga....As Usual Work Load of course salah satu sebab stress....tambah lagi dengan kehidupan seharian dan aktiviti seharian yang berlaku di sekeliling membuatkan Cik Bunga bertambah2 stress..bak kata orang di telan mati mak di luah mati bapak....adui aii...macam mana tuh eh nak buat!!! Solutionnya, Cik Bunga kena pendam jelah....kalau di berikan kekuatan Cik Bunga nak aja lepaskan semua apa Cik Bunga rasa kepada mereka-mereka yang telah membuatkan Cik Bunga bertambah stress...tapi disebabkan sikap hormat dan tak sampai hati tulah yang membuatkan Cik Bunga makan hati sampai sekarang.....

Adoi aii...bagus juga bila stress ni, makan tak lalu...bila balik kerja letih..apa pun tak bleh...hehehehe....
8 jam kat ofis sudah cukup memeningkan kepala....di tambah lagi faktor keliling ni..lagi lah pecah kepala......Terapi yang ada sekarang ni, hanya berserah kepada Allah S.W.T  mohon petunjuk dan hidayahnya agar memberikan  Cik Bunga kekuatan untuk menempuhi semua cabaran yang ada. 

P/S : Tetapi sememangnya Cik Bunga sangat S+T+R+E+S+S=STRESS~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
        (Hahahahaha) Apa nak buat ni...Tulun..Tulun Bang Berahim..
post signature
 

Copyright © 2013 Reserved to IniCeritaHidupku
Design by Cik Kumbang