Thursday, April 25, 2013

Fakta Bila Bos Tak Ada Di Pejabat

Thursday, April 25, 2013
Agak-agaknyakan...majoriti semua suka gilaks kalau bos tak ada kat ofis kan? Even bos tu baik, lemah lembut, humble tak garang, kalau dia tak ada pun tetap heaven kan??? Macam kat ofis ni kalau tak ada bos rata-rata, macam happy go lucky. So rasa-rasanya semua staff-staff lain pun mesti buat benda yang sama kan???

1) Ber"Facebook" - Of coz lah..dah line clear facebook tu sentiasa on kat PC menggantikan MWord kalau bos ada...hahaha

2) Ber"whatsapp""WeChat" - Ni pun trend skang, kalau bos tak ada tu, laju je dia reply msg..hehehehe

3) Mengulor??? - Mengulor?? apa tu? ala kalau bos tak ada tu, mula lah kuar minum pukul 10, lunch break masuk ofis blk pukul 3, atau yang lagi teruk terus tak balik...hahahahaha

4) Layan YouTube, Korea, Tonton dll - Meja nampak penuh, tapi dalam masa yang sama terkekek-kekek, tersenyum-senyum..rupanya layan drama daa......

5) Berblogging - Ha ni sample nyer terang lagi bersuluh..macam Cik Bunga la ni lah...hahahahah...CHOP!!! bukan saya curi masa ye....saya baru nak lunch sebab tadi banyak sangat meeting kat luar..so time break saya ni saya updatelah berdasarkan aktiviti staf-staf kat ofis ni bila saya tak ada n Big Boss tak ada....bukan men heaven nya depa....hahahahah

6) akan di tambah kemudian, coz rasa-rasanya memang normal lah benda kat atas ni kalau bos-bos tak ada???

Setuju tak???

eekekekeke....

Peace!!!  


post signature

Sunday, April 21, 2013

Gwiyomi @ Kiyumi

Sunday, April 21, 2013
Ya..bersiaran kita hari ni dari bilik 2083 Grand Lexis Pd....hehehehe..Cam DJ le plak.......

Ni nak citerlah, sekarang dah melanda wabak gwiyomi..actually aku sebelum ni pun dah dgr lagu gwiyomi....(yang sebelum ni aku ingat 'cute me') sbb aku tahu gwiyo..gwiyo ni cute maknanya..sebab bila bawak anak aku pi holiday last 2 year jumpa orang korea kat hotel di Sabah, then bila tgk anak aku je..diaorang mesti kata "gwiyo" dalam masa sama aku ingat "Cute"....

Tapi apa-apa pun, aku suka sangat lirik lagu tu...sweet jerk...then aku terus cari kat 4shared lagu tu...edit some part n buat ringtone esp assign to my hubby.... Part yang aku buat ringtone tu..liriknya macam ni...

Dont look at other girls, No matter what they say,You're Mine (you're mine)
Hannun Paljima Nuga Mworaedo Naekkeo (Naekkeo)

Dont ever talk to other girls, Im yours (Im yours)
Dareun Yeojarang Maldo Seokkjima Nan Nikkeo (Nikkeo)


Hook each other little finger and promise me

Saekki Songarak Geolgo Kkok Yasokhaejwoyo


You'll never leave me alone

Cheol Dae Na Hon Ja Nae Beoryoe Duji Ankiro

Sweet kan???? Berbunga-bunga je hati bila dengar lagu ni...heheheheh

Meh kita laya gwiyomi sat...Gajaaa(Jom Cepat!!!)..........





Friday, April 19, 2013

Rendang Oh Rendang...

Friday, April 19, 2013

Rendang Oh Rendang... Haaaa..bukan tak reti masak rendang ye...cuma di pendekkan ceritanya...aku ni berkawin dengan suku sakat orang nogori...makanya tekak cik abangnye dah sebati dengan masakan orang nogori....aku ni plak orang johor..jadi cara masakan aku of coz lah cara orang johor + jawa....hhehehehe.... dan sebenarnya pasal rendang ni, cik abang aku ni suka benar dengan rendang kaler kuning tuh..dan aku ni ha...sebelum kawin tak pernah makan rendang kaler kuning ni apatah lagi nak masak...so bila dah berkahwin..arwah mak mertua aku suka betul masak rendang kaler kuning ni kalau raya....hurmm....sedap..dan pedas.... bukan macam rendang biasa kaler coklat yang dah sebati kat tekak aku ni.... dari arwah mak mertua aku ada..aku suka dok risik dan tengok macam mana dia buat, dan aku cuba buat pertama kalinya semasa arwah mak mertua ku sakit dan dah tak berdaya untuk  dia masak rendang kaler kuning tuh.... ingat2 balik kelakar...yelah dah en suami suka..mesti kenalah cuba masak..... 

Percubaan Pertama (Seingat Raya Haji Kot) : Cik abang kata, sedap tapi terlalu pedas...hahahaha

Yelah mana lah tak pedas, mana reti nak agak cili padi tu....kang kurang plak tak sedap sebab tak pedas....tapi demi Allah memang pedas tak ingat..oleh kerani si isteri masak, cik abang pulun jugak rendang pedas tak ingat tu......dan baru2 ni, tak silap  Rabu hari tu, aku teringin benar nak makan rendang kaler kuning tuh, memandangkan aku pernah tengok master chef orang nogori "Andah"(makcik sebelah En Suami) ni masak rendang kuning ni..jadi kali ni aku konfiden untuk buat..sebab masa Andah masak aku tengok dari mula sampai siap...hehehehe...keputusan cubaan kedua :-

Percubaan Kedua (Baru je lagi) : Cik Abang kata, ada rasa manis sikit la......hahahahaha

Mana tak manis yang oii...ni pun gara2 tak reti agak cili padi lah...dah masak2 sat gi rasa mak aii. pedehnyer..(loghat perak) jadi aku ni nak kurang kan pedas nya dok lah tambah gula...bila kena kat tekak aku, aku tak pun rasa manis sangat..sedang-sedang elok je bak orang kata....tapi cik abang kata manis sikit..tapi sedap..... dan kerana  si isteri ni masak, cik abang pulun tak ingat rendang tuh.....

Diharapnya, percubaan ketiga aku akan datang berjaya lah untuk  PERFECT rendang kaler kuning ni....tapi bila eh agaknya percubaan ketiga tuh???????? tunggu.......
bila mencapai PERFECT tu akan aku kongsikan juga disini...sekali ngan resepi...ceh..............hehehehe.....

Ta Ta...Jumpa Lagi!!!

Wednesday, April 17, 2013

Pengembara Malam

Wednesday, April 17, 2013

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, kita masih dapat menghirup udara pagi ini, kita masih diberikan peluang untuk menghadapi hari ini, dan syukur kepada Allah kerana kita masih diberikan kesihatan untuk hari ini. Hari ni, sengaja aku kongsikan tentang pengembaraan aku malam tadi. Aku akui, semalam adalah hari yang cukup penat, cukup stress dan cukup letih bagi ku. Badan aku lemah tak daya, mungkin dek kerana gangguan emosi yang berlaku kepada ku kebelakangan ini. Aku rehat dan berbaring dikatilku, dan tidak semena-mena aku terus terlelap sehingga ke subuh. Sepanjang itu juga pengembaraan roh ku bermula, dalam mimpi ku malam tadi, aku pergi ke tempat yang sangat cantik, bergunung ganang, sejuk mata memandang, dapatku rasakan udaranya yang nyaman. Ku lihat di kejauhan itu, di puncak-puncak gunung di litupi ais salji manakala aku yang berada di kaki gunung, sekelilingku penuh dengan tumbuhan bewarna hijau yang cantik. Kemudian mata ku tertumpu pada kelibat seseorang.... Ya..dia arwah abahku, aku nampak abah, abah senyum padaku, abah memegang sebuah buku, pakaian abah kemas seperti mana dia berada di dunia ini. Aku menuju ke abah, tapi abah menolak ku jauh seolah-olah dia tidak berapa suka akan kehadiranku. Jelas kelihatan abah senyum padaku, dan pada saat yang sama dia menggelengkan kepalanya kepada ku, seumpama menyatakan tidak....dan akhirnya aku jatuh tergelongsor tak tahu bagaimana aku jatuh dari tempat pertemuan aku dan abah. Aku terus terjaga dari tidurku, ku lihat di telefon bimbitku jam menunjukkan pukul 6.15 pagi...aku pun bingkas bangun untuk bersedia mengerjakan solat subuh. Dalam doaku, aku berdoa kesejahteraan abah dan tidak kulupa Al-Fatihah untuk abah.... Sehingga ke pagi ini, aku berfikir tentang mimpiku....tempat apakah yang aku pergi malam tadi? adakah syurga? tapi demi Allah tempatnya tersangat cantik, tapi apa aku pasti, belum tiba masanya lagi aku pergi, sebab itu abah menolakku dan menggelengkan kepala kepadaku sambil tersenyum.....

Apa-apa pun, aku bersyukur kerana aku dapat melihat lagi realiti dunia ini pada hari ini, dan masih diberikan peluang untuk aku mengumpul bekalan ke alam sana nanti....


 

Copyright © 2013 Reserved to IniCeritaHidupku
Design by Cik Kumbang