Monday, July 7, 2014

Ramadan Giveaway by WeLoveSusuIbu (Pengedar Shaklee Paling Popular)

Monday, July 7, 2014

Rasanya inilah pertama kali Cik Bunga menyertai Give Away melalui blog ini... apa-apa pun Cik BUnga nak try nasib kot-kot leh dapat voucher Zalora RM150...dapat lah topup-topup beli baju Jovian MAndagie kegemaran Cik Bunga tu..hehehehe..kawan-kawan semua yang nak try dapatkan juga Voucher Zalora RM150 boleh klik banner di bawah untuk tahu keterangan lebih lanjut.. Good Luck Guys!!! and for sure for me also!!!


giveaway 2014, blog contest, peraduan blog

Nota : Harap 1st entry Giveaway ni bernasib baiklah...sebab Cik Bunga ni memang tak de luck langsung! huhuhuhuhu

post signature

Ramadhan Datang Lagi

Assalamualaikum.

Bertemu sekali lagi setelah sekian lama tidak mengisikan ruang coretan di sini. Maklumlah Cik Bunga sangat-sangat sibuk pada urusan kerja apatah lagi rumah tangga.

Alhamdulillah, Cik Bunga masih diberikan oleh Allah SWT untuk menyambut bersama-sama kalian semua Ramadhan kali ini.

Seperti tahun-tahun lepas Ramadhan kami seperti biasa. Masak sama-sama, makan sama-sama cuma kali ni kami tak teringin langsung nak menjengah ke bazar, semua buat sendiri. Alhamdulillah....salah satu cara berhemat dalam bulan puasa juga kan??

Ahad lepas 6/7/2014, Cik Bunga dan adik beradik bersama-sama menziarahi pusara ayahanda tercinta. Kami jagai dan kami rapi pusaranya seperti rapinya kasih dan rindu kami pada abah. 4 tahun sudah kami menyambut Ramadhan tanpanya. Cik Bunga akui, masa-masa pertama dulu, tiap kali Ramadhan sayu teramat sangat menyelubungi kami adik beradik..tapi Alhamdulillah dari masa ke masa kami perlu redha dengan ketentuannya...tapi bohong kalau tidak rindu pada abah.

Cik Bunga juga bersyukur dengan kehadiran ayah (ayah tiri) dalam hidup kami, sedikit sebanyak mengisi kekosongan ruang hati kami, ayah baik dengan kami, semoga Allah panjangkan usia ayah agar kami dapat lebih mengenali ayah.

Abah, pergimu kami tangisi, ketiadaanmu kami rindui, semoga suatu hari nanti kita berjumpa dan sesungguhnya along sangat teruja menantikan detik itu. Dalam masa yang sama aku harus perlangkapkan diriku menjadi seorang anak, isteri dan ibu yang soleh dan layak untuk ditempatkan di tempat yang diredhai nanti.

Luv u Abah, Miss u Abah, Al- Fatihah



post signature

Sunday, May 11, 2014

Happy Mother's Day

Sunday, May 11, 2014

Sempena Hari Ibu Sedunia, Cik Bunga nak ucapkan Happy Mother's Day To All Lovely Mother Out There.


Khususnya kepada mak Cik Bunga Puan Hajjah Foziah Ahmad, Mak, along tahu along notti, along tahu kadang-kadang along lawan mak, along tahu kadang-kadang ada je kita nak berbalah, tapi bila kita berjauhan mak lah orang pertama yang along rindu. Mak, terima kasih atas didikan mak, walaupun mak penat dengan kerja pejabat tika dahulu, tetapi sedikit pun mak tak pernah lupa untuk memberikan ruang masa mak mengajar kami di rumah. Terima kasih atas kasih sayang mak, setiap kali anak-anak mak balik ke kampung, sibuk mak kat dapur memasak setiap masakan kegemaran kami, along tahu tu mak, kalau kami balik kampung, along tahu, mak mesti rasa tak mahu tidur sebab mak seronok anak-anak mak semua berkumpul dekat mak.

Along tak tahu ada kah along mampu membalas semua budi baik mak selama membesarkan along, dengan along yang selalu sakit, dengan along yang kuat merajuk, dengan along yang banyak hal, mak tetap sedia ada untuk along walaupun kadang-kadang along ada menyakitkan hati mak.Yang paling best, mak sentiasa tahu apa dalam pikiran along dan disebabkan itu maklah tempat along bercerita macam-macam.... harap mak tak bosanlah even cerita tu along dah penah cerita hahahaha...

Mak, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya mak, Along Sayang Mak, hug mak ketat2....
Luv u mak..luv u so much!!!!

Nota kaki : Tiap kali citer pasal mak, air mata Cik Bunga tak mahu benti-benti lah...adoiaii....power tak 
kuasa mak tuh?? powerkan???


post signature

Thursday, May 8, 2014

08/05/14 : Somewhere Over The Rainbow

Thursday, May 8, 2014
Hai, lately Cik Bunga agak stress dengan kerja...banyak kerja mengharung Cik Bunga serentak..tapi tiba-tiba Cik Bunga terdengar lagu lama ni, lirik dia sangat best, buatkan Cik Bunga mengelmun berkhayal ke alam fantasi dek terbuai dengan lirik dia....

Jom Cik Bunga share kat sini dengan harapan u all pun akan mengelamun macam Cik Bunga Enjoy!!!

SOME WHERE OVER THE RAINBOW

SOME WHERE OVER THE RAINBOW
WHERE'S UP HIGH
THERE'S A LAND THAT I HEARD
ONCE I A LULLABY

SOME WHERE OVER THE RAINBOW
SKIES UP BLUE
AND THE DREAMS THAT YOU DARE TO DREAM
REALLY DO COME TRUE

SOME DAY I'LL WISH UPON A STAR
AND WAKE UP 
WHERE THE CLOUDS ARE BEHIND ME

WHERE TROUBLES MELT
LIKE LEMONSDROP
A WAY ABOVE THE CHIMNEY TOP
THAT'S WHERE YOU'LL FIND ME

SOME WHERE OVER THE RAINBOW
BLUEBIRDS FLY
BIRDS FLY OVER THE RAINBOW
WHY THEN OH WHY CANT I




post signature

Tuesday, January 21, 2014

Terapi Minda Hari Ini

Tuesday, January 21, 2014
Hidup ini seringkali kita memandang kepada kelebihan dan kekurangan diantara satu sama lain. Adakala perasaan kecewa meliputi hati dan minda dek cemburu dengan kelebihan orang lain. Adakala kita MENINGGI DIRI atas kelebihan yang ada pada diri kita sendiri....dan adakala kita lupa setiap kelebihan yang ada pada kita bukan hak kita...dan kekurangan ada pada kita adalah kehendak dan azam kita.

Allah SWT itu Maha Kaya dan Maha Adil, Dia jadikan manusia itu semua sama taraf dan bentuk. Tiada istilah

Dia cantik...saya tak cantik....
Dia baik ... saya tak...
Dia kaya...saya tak....
Dia kurus...saya tak....

Jangan..Jangan sesekali berfikir begitu...

Jangan sesekali kita membezakan dan menilai kita dan mereka.

Ingat...

Yang menilai bukanlah kita selayaknya..tetapi Dia Yang Maha Esa Allah SWT
Apa yang kita mampu adalah, untuk mengecapi kelebihan seperti orang lain....hendaklah Berusaha..Doa Dan Tawakal... Insyaallah Allah SWT akan membuka jalan bagi kita yang sentiasa BERSYUKUR dan TIDAK MUDAH PUTUS ASA.

Kita bukan dalam saingan atau pertandingan mana yang lebih kaya..mana yang lagi cantik...dan kita janganlah sewenang-wenang menghukum setiap kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri kita.

Kerana itu Duhai Hati, jangan lah berasa IRI HATI, MENINGGI DIRI dan terlalu MERENDAH DIRI.
Jadilah diri kita sebenar-benarnya dan berusahalah untuk mengatasi setiap kelemahan yang kita ada. Bagi yang mempunyai segala-galanya, janganlah MENINGGI DIRI kerana apa yang kita perolehi hari ini belum tentu akan kekal dalam genggaman kita....dan jadilah insan yang selalu Bersyukur.

Ingat, PENILAIAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK...
dan jadilah yang terbaik pada pandanganNya....

post signature
 

Copyright © 2013 Reserved to IniCeritaHidupku
Design by Cik Kumbang