Thursday, September 3, 2015

Kesetiaan, Kepercayaan & Cinta

Thursday, September 3, 2015
Terkadang lelah memikirkan cinta,
Serasa kaki tidak bermaya,
Hancur hati gundah gulana,
Dek kerana memikirkan kesetiaan si dia...

Jika tahu begini sakit rasanya,
Tidak aku memulakannya,
Kerana rasa cinta pada si dia,
Aku jadi separuh gila.

Ingin menjerit katakan benci,
Kerana hati yang telah tersakiti,
Akibat dari cinta lama berputik kembali,
Dan rasa cemburu yang menguasai diri.

Aku benci pada si dia,
Aku penat memikirkan dia,
Namun tak berdaya aku luahkanya,
Kerana sayang dan cinta hanya pada si dia.

Aku benci pada cinta yang lama,
Membuat hidupku menjadi huru hara,
Tak sanggup lagi menitiskan air mata,
Aku berserah pada yang Maha Esa.

Kepercayaan akar sebuah cinta,
Tanpa kepercayaan hancur semuanya,
Kini aku harus bangkit semula,
Menanam kepercayaan terhadap si dia.

Aku harus percaya padanya,
Kerana kepercayaan punca segalanya,
Jika jodohku kekal bersamanya,
Aku serahkan segalanya kepada yang berkuasa.

Ikut hati mati, ikut rasa binasa,
Aku cuba lupakan permasalahan melanda,
Untuk kebahagiaanku, anak-anak dan juga dia,
Aku harus berpijak pada bumi yang nyata.

Kini apa pun jua,
Aku harus setia dan percaya padanya,
Agar hasilnya setimpal dengan usaha,
Untuk kebahagiaan dan masa depan keluarga.

Bohong jika aku kata tidak cinta,
Bohong jika aku benci terhadap dia,
Andai tidak cinta, tidak ku titiskan airmata kerananya,
Andai tidak sayang, tidak aku merana seperti orang gila.

Jujur aku rasa semakin mereput,
Mereput kerana hati yang terluka,
Tapi aku harus kuat berpaut,
Agar tiada ruang bagi orang ketiga.

Yakinlah menyatakan dia hanya untukku,
Yakinlah menyatakan dia amat memerlukanku,
Yakinlah menyatakan dia takkan berpaling padaku,
Kerana semuanya akan kembali seperti dulu.

Andai ada ubat pelupa,
Ingin aku mengambilnya,
Agar aku lupa setiap peristiwa,
Yang membuatkan aku membencinya.

Maafkan aku sayangku, kerana aku tidak percaya,
Engkau telah berkorban segala-galanya,
Berusaha mencari kembali setiap tawa,
Yang telah hilang kerana memendam duka.

Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk mengharungi bahtera ini,
berikan aku kekuatan mencari keyakinan diri,
Agar dapat aku teruskan cinta kami ini,
Mengharungi setiap masa dan setiap hari.



 12.28pm : 3 September 2015
 Nukilan Hati
post signature

Tuesday, April 14, 2015

Oh My LV....

Tuesday, April 14, 2015
Buat pertama kalinya dalam seumur hidup ini akhirnya...hari ni LV beg menjadi kepunyaan Cik Bunga...Cukuplah sekali seumurhidup Cik Bunga merasa....beg je pun....hehehehe

Tq My Darling kerana menyokong untuk Cik Bunga mendapatkan seunit LV....

Cik Bunga akan jaga ianya elok2....

Alhamdulillah......




post signature

Monday, April 13, 2015

Aimi dan Kari

Monday, April 13, 2015
Kisah hari ni...

Aimi dan kari....

Ya Allah...anak dara Cik Bunga sorang ni memang giler kari gamaknya...hari tu bercuti ke Perhentian ada ke dia tanya kat Mommy dia ni..."Mommy, ada kari tak kat sini"....apa lagi Mommy dia buat muka terkejut sememeh lah...terkejut dengar anak dara tanya kari kat buffet menu hotel....hahahaha

Today, Cik Bunga terajin sikit...jadi dok lah masak2...maklumlah ikan tenggiri yang En.Hubby tangkap tu hari ada lagi...so kali ni Cik Bunga masak Kari Kapla Ikan.....

Dari dapur bau semerbak bahan2 tumisan tu...lantas anak dara Cik Bunga sorang terus ke dapur "Mommy masak apa tu??"

Selamba Cik Bunga jawab "Kari...."

"Kari?? Mommy, Aimi nak makan lah"

"Eh, belom didih lagi..nanti dah siap Mommy panggil"

hurm sampai kesudah dia dok tunggu kat dapur sebab tak sabar nak makan kari...elok je kuah masak, ikan masak, dia request kuah kari letak dalam mangkuk macam makan tom yam...see???? kari dalam mangkuk untuk hirup ok??? tak dak darah keturunan mamak pun tapi kenapalah anak dara sorang ni suka kari sangat....hahahaha......



Anyway sayang, everything for you I will fulfill it....hari2 kari pun takpe....Mommy kena bangu pagi2 masak kari pun tak pe...janji anak Mommy nak makan ok....


post signature

Friday, April 10, 2015

I SURRENDER (Aku Pasrah)

Friday, April 10, 2015

Duhai hati,
Jadilah karang seperti di laut
Tidak hanya sekadar kuat
Tetapi mampu untuk menenangkan ombak

Duhai hati,
Belajarlah untuk bersabar
Belajarlah untuk tetap tersenyum
Walau engkau terluka dengan apa yang terjadi

Duhai hati,
Walaupun kau tersakiti dek orang-orang yang kau cintai
Belajarlah untuk tidak menyendiri
Kerana ada tuhan yang sentiasa menemani
Dalam setiap denyut nadi
Kala kau tidak mampu lagi untuk berdiri

Duhai hati,
Kerana lemahnya engkau
Airmata sering membasahi pipi
Aku mohon kau bertabahlah
Jangan sesekali kau rapuh walau hakikatnya kau sudah mula keretakan
Kerana kalau kau lemah...
Maka aku pun lemah

Duhai hati,
Aku mulai pasrah dek kerana kau yang sering terluka
Aku tahu saat ini juga kau terluka
Perasaanmu amat hiba sehingga tidak terluah dek kata-kata
Seringkali kau diuji
Diasak dengan pelbagai soalan
Namun hati
bersabarlah...itu yang aku mohon darimu

Duhai hati,
Yakinlah bahawa esok masih ada mentari
Yang akan bersinar indah
Meskipun kini mendung menyeliputinya





8.57pm 10 April 2015


post signature
 

Copyright © 2013 Reserved to IniCeritaHidupku
Design by Cik Kumbang