Thursday, September 3, 2015

Kesetiaan, Kepercayaan & Cinta

Thursday, September 3, 2015
Terkadang lelah memikirkan cinta,
Serasa kaki tidak bermaya,
Hancur hati gundah gulana,
Dek kerana memikirkan kesetiaan si dia...

Jika tahu begini sakit rasanya,
Tidak aku memulakannya,
Kerana rasa cinta pada si dia,
Aku jadi separuh gila.

Ingin menjerit katakan benci,
Kerana hati yang telah tersakiti,
Akibat dari cinta lama berputik kembali,
Dan rasa cemburu yang menguasai diri.

Aku benci pada si dia,
Aku penat memikirkan dia,
Namun tak berdaya aku luahkanya,
Kerana sayang dan cinta hanya pada si dia.

Aku benci pada cinta yang lama,
Membuat hidupku menjadi huru hara,
Tak sanggup lagi menitiskan air mata,
Aku berserah pada yang Maha Esa.

Kepercayaan akar sebuah cinta,
Tanpa kepercayaan hancur semuanya,
Kini aku harus bangkit semula,
Menanam kepercayaan terhadap si dia.

Aku harus percaya padanya,
Kerana kepercayaan punca segalanya,
Jika jodohku kekal bersamanya,
Aku serahkan segalanya kepada yang berkuasa.

Ikut hati mati, ikut rasa binasa,
Aku cuba lupakan permasalahan melanda,
Untuk kebahagiaanku, anak-anak dan juga dia,
Aku harus berpijak pada bumi yang nyata.

Kini apa pun jua,
Aku harus setia dan percaya padanya,
Agar hasilnya setimpal dengan usaha,
Untuk kebahagiaan dan masa depan keluarga.

Bohong jika aku kata tidak cinta,
Bohong jika aku benci terhadap dia,
Andai tidak cinta, tidak ku titiskan airmata kerananya,
Andai tidak sayang, tidak aku merana seperti orang gila.

Jujur aku rasa semakin mereput,
Mereput kerana hati yang terluka,
Tapi aku harus kuat berpaut,
Agar tiada ruang bagi orang ketiga.

Yakinlah menyatakan dia hanya untukku,
Yakinlah menyatakan dia amat memerlukanku,
Yakinlah menyatakan dia takkan berpaling padaku,
Kerana semuanya akan kembali seperti dulu.

Andai ada ubat pelupa,
Ingin aku mengambilnya,
Agar aku lupa setiap peristiwa,
Yang membuatkan aku membencinya.

Maafkan aku sayangku, kerana aku tidak percaya,
Engkau telah berkorban segala-galanya,
Berusaha mencari kembali setiap tawa,
Yang telah hilang kerana memendam duka.

Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk mengharungi bahtera ini,
berikan aku kekuatan mencari keyakinan diri,
Agar dapat aku teruskan cinta kami ini,
Mengharungi setiap masa dan setiap hari.



 12.28pm : 3 September 2015
 Nukilan Hati
post signature
 

Copyright © 2013 Reserved to IniCeritaHidupku
Design by Cik Kumbang