Thursday, May 23, 2013

Appointment Dah Buat~~~~

Thursday, May 23, 2013
Cik Bunga....are you ready for the third??? jawapanyer..im not so sure about that, because y?? coz this is my final chance and i am very scared and worried...puas hati??? Tapi sebenarnya itu semua rezeki Allah....apa-apa pun, Cik Bunga nak ucap tahniah pada akak ipar tersayang Athia Ariffin kerana sudah melahirkan baby boy seberat 3.67kb..ops kb plak..kilo bite?? kg lah ha...3.67kg  semalam....akhirnya dapat juga kak tiah hero setelah 4 berderet girl..... happy sangat dengan news nie...

Aku???? ha....sebabkan orang kiri kanan dah memboyot..tergerak gak hati nak berisi memandangkan yang nombor 2 dah masuk 2 tahun..... So angkat telefon, call 03-41089900 (Damai Service Hospital Taman Melawati)...tapi bukan apa...just nak buat special consultation untuk persediaan..kot-kot Tuan Dr. kata ada chances untuk 4...Cik Bunga sanggup ambik risiko....tapi kalau awal-awal dia dah palang, Cik Bunga perlu persediaan mental and fizikal sebelum itu.

So esok...24th Mei 2013 jangan lupa ye Cik Bunga temujanji awak dengan Dr. awak???

hehehehehehe.....

post signature

Golden Palm Tree Review

Last week, akibat terlalu stress cik Bunga betul-betul memrlukan rehat dan terapi minda yang terbaik. Satu tempat yang terlintas pada ketika itu, dekat dan relax ya..tulah Golden Palm Tree di Pantai Bagan Lalang. Dengan rezeki Allah yang sedia ada dapat Cik Bunga melangkah untuk menginap disitu. Cik Bunga bawak keluarga Cik Bunga sekali...Cik Bunga ni tak suka kalau bercuti anak beranak je..sunyi...huhuhuhu...

Alhamdulillah Cik Bunga mampu untuk menginap di Royale Villa Golden Palm Tree ..tapi bilik ni berbaloi sebab dia ada 3 bilik. Kalau family besar oklah. Ada juga villa dua bilik yang harganya hampir 1.5k.

Cik Bunga dan keluarga ditempatkan dibilik 536. Kata pekerja-pekerja di sana, villa Cik Bunga ni DLCW yang selalu duduk. Katanya lagi tiap kali Dato' Lee Chong Wei ke sini dia akan menginap di bilik itu, paling hujung dan paling privacy dan layanan superb VIP..

(Mr le plak!!)

(Master Bedroom)

(Master Bedroom- setiap bilik ada tv lagi)

(Bathroom in Master Bedroom)

(Mini swimming pool in master bedroom)



(Living hall)

Di unit ini, disediakan bilik air bagi setiap bilik tidur. So senang tak payah berebut-rebut. 

 

 (Bilik 536 - yang paling hujung dan paling jauh)




 Cik Bunga share kat sini malam kedua Cik Bunga disini..angin kuat telah melanda....laut berombak dan
 angin MasyaAllah...menggerunkan..bayangkan henfon yang cik Bunga pegang boleh bergoncang kerana pukulan angin yang kuat
 (abaikan video yang tunggang terbalik dan gelap..tapi nampak nyata henfon Cik Bunga bergegar)





 (Berposing di balkoni utama 536 sebelum balik!!)

Percutian ini Cik Bunga bagi rate 80%. Bilik yang selesa tetapi makanan dia tak berapa memuaskan compare dengan Golden Sand Penang yang marbeles...Selain itu, bilik Cik Bunga yang agak jauh menyebabkan pergerakan kami ke lobi dan club house mesti memerlukan buggy. Buggy pulak kalau dari clubhouse tu nak ke bilik memang kena tunggulah 10-20 minit..


 Ok, disini Cik Bunga bagi tahu, yang paling kiri tu yang dekata atas tanah adalah lobi utama....then kalau perasan kat tgh2 pokok tu ada bulatkan?? disitulah Club House yang terdapat swimming pool..agak jauhkan??? Bilik cik Bunga dekat pelepah paling atas sebelah kanan....bayangkanlah jauhnyer??? apa2 pun Cik Bunga enjoy...dan pasti akan kesini lagi.....

Tambahan aktiviti yang disediakan:-

Watersport
Extreme Park (Go-Kart,ATV,Paintball,Archery & Segway)
Infiniti Swimming Pool (@clubhouse)
Spa (@clubhouse)
Gymnasium




post signature

Friday, May 3, 2013

PRU oh PRU!!!

Friday, May 3, 2013
Aduhai, dekat2 nak PRU kali ni, macam propa keluar dekat FB, media massa, media cetak dan lain-lain....Cik Bunga just nak share kat sini, Cik Bunga sangat-sangat lah annoying dengan karut marut, bertekak antara satu dengan lain, maki-maki, sumpah-sumpah antara yang lain..Cik Bunga Bosan!! Memang betul masing-masing mempunyai political view masing-masing. Tapi takkan lah sampai sebangsa seagama pun nak bertekak, nak mencarut2, nak memaki , nak bergaduh??? tak molek sungguh??

Lately, kat FB macam-macam yang keluar, di panggil anjing...video lucah...adoi aii..... jatuh lah mertabat agama dan bangsa kita kalau macam ni.... kalau fanatik dengan cabang mana pun..just shut up until the day... bila tiba masa... PANGKAH, MASUK BOX, dan TUNGGU KEPUTUSAN???? dok bercekak dok maki apa yang dapat??????

Hailah..sakit hati Cik Bunga tengok benda-benda ini...tuhan bagi kita akal untuk berfikir, mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, dan mulut untuk berkata yang elok-elok.... nak berkempen pun berkempen...jadi janganlah nak sumpah seranah orang...yang penyokong A dok maki hamun penyokong B, yang penyokong B dok menyumpah penyokong A....yang kelakarnya semuanya sebangsa dan seagama dengan Cik Bunga...bukaklah mata kalian semua, diwaktu ini, banyak mata memandang kekurangan kita...banyak mata memandang untuk mencari kelemahan kita, banyak telinga mendengar kata-kata kita, caci maki kita, dan juga banyak mulut yang ketawa dengan tindak tanduk kita......

Cik Bunga menulis bukan sebab Cik Bunga ni fanatik dengan mana-mana parti. Cik Bunga cuma kesal dengan sikap kita yang sebangsa ni... jangan lupa, tatkala kita bergaduh kencang ada tangan-tangan yang menepuk kegembiraan.

Lupakan caci maki, lupakan sumpah seranah, tak payah nak heboh sana, heboh sini...diam, tunggu dan beraksi pada 5 Mei nanti... Jaga maruah kita bangsa Melayu dan jaga martabat kita yang beragama Islam ini...

Peace Islam!!!

Bersatu Teguh, Bercerai Roboh.

Jangan kerana tindak tanduk kita, anak-anak kita menjadi mangsa... tetapkanlah kedaulatan tanah melayu, dan tetapkanlah keteguhan Malaysia sebagai negara Islam.

post signature
 

Copyright © 2013 Reserved to IniCeritaHidupku
Design by Cik Kumbang