Tuesday, January 21, 2014

Terapi Minda Hari Ini

Tuesday, January 21, 2014
Hidup ini seringkali kita memandang kepada kelebihan dan kekurangan diantara satu sama lain. Adakala perasaan kecewa meliputi hati dan minda dek cemburu dengan kelebihan orang lain. Adakala kita MENINGGI DIRI atas kelebihan yang ada pada diri kita sendiri....dan adakala kita lupa setiap kelebihan yang ada pada kita bukan hak kita...dan kekurangan ada pada kita adalah kehendak dan azam kita.

Allah SWT itu Maha Kaya dan Maha Adil, Dia jadikan manusia itu semua sama taraf dan bentuk. Tiada istilah

Dia cantik...saya tak cantik....
Dia baik ... saya tak...
Dia kaya...saya tak....
Dia kurus...saya tak....

Jangan..Jangan sesekali berfikir begitu...

Jangan sesekali kita membezakan dan menilai kita dan mereka.

Ingat...

Yang menilai bukanlah kita selayaknya..tetapi Dia Yang Maha Esa Allah SWT
Apa yang kita mampu adalah, untuk mengecapi kelebihan seperti orang lain....hendaklah Berusaha..Doa Dan Tawakal... Insyaallah Allah SWT akan membuka jalan bagi kita yang sentiasa BERSYUKUR dan TIDAK MUDAH PUTUS ASA.

Kita bukan dalam saingan atau pertandingan mana yang lebih kaya..mana yang lagi cantik...dan kita janganlah sewenang-wenang menghukum setiap kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri kita.

Kerana itu Duhai Hati, jangan lah berasa IRI HATI, MENINGGI DIRI dan terlalu MERENDAH DIRI.
Jadilah diri kita sebenar-benarnya dan berusahalah untuk mengatasi setiap kelemahan yang kita ada. Bagi yang mempunyai segala-galanya, janganlah MENINGGI DIRI kerana apa yang kita perolehi hari ini belum tentu akan kekal dalam genggaman kita....dan jadilah insan yang selalu Bersyukur.

Ingat, PENILAIAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK...
dan jadilah yang terbaik pada pandanganNya....

post signature
 

Copyright © 2013 Reserved to IniCeritaHidupku
Design by Cik Kumbang