Friday, May 3, 2013

PRU oh PRU!!!

Friday, May 3, 2013
Aduhai, dekat2 nak PRU kali ni, macam propa keluar dekat FB, media massa, media cetak dan lain-lain....Cik Bunga just nak share kat sini, Cik Bunga sangat-sangat lah annoying dengan karut marut, bertekak antara satu dengan lain, maki-maki, sumpah-sumpah antara yang lain..Cik Bunga Bosan!! Memang betul masing-masing mempunyai political view masing-masing. Tapi takkan lah sampai sebangsa seagama pun nak bertekak, nak mencarut2, nak memaki , nak bergaduh??? tak molek sungguh??

Lately, kat FB macam-macam yang keluar, di panggil anjing...video lucah...adoi aii..... jatuh lah mertabat agama dan bangsa kita kalau macam ni.... kalau fanatik dengan cabang mana pun..just shut up until the day... bila tiba masa... PANGKAH, MASUK BOX, dan TUNGGU KEPUTUSAN???? dok bercekak dok maki apa yang dapat??????

Hailah..sakit hati Cik Bunga tengok benda-benda ini...tuhan bagi kita akal untuk berfikir, mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, dan mulut untuk berkata yang elok-elok.... nak berkempen pun berkempen...jadi janganlah nak sumpah seranah orang...yang penyokong A dok maki hamun penyokong B, yang penyokong B dok menyumpah penyokong A....yang kelakarnya semuanya sebangsa dan seagama dengan Cik Bunga...bukaklah mata kalian semua, diwaktu ini, banyak mata memandang kekurangan kita...banyak mata memandang untuk mencari kelemahan kita, banyak telinga mendengar kata-kata kita, caci maki kita, dan juga banyak mulut yang ketawa dengan tindak tanduk kita......

Cik Bunga menulis bukan sebab Cik Bunga ni fanatik dengan mana-mana parti. Cik Bunga cuma kesal dengan sikap kita yang sebangsa ni... jangan lupa, tatkala kita bergaduh kencang ada tangan-tangan yang menepuk kegembiraan.

Lupakan caci maki, lupakan sumpah seranah, tak payah nak heboh sana, heboh sini...diam, tunggu dan beraksi pada 5 Mei nanti... Jaga maruah kita bangsa Melayu dan jaga martabat kita yang beragama Islam ini...

Peace Islam!!!

Bersatu Teguh, Bercerai Roboh.

Jangan kerana tindak tanduk kita, anak-anak kita menjadi mangsa... tetapkanlah kedaulatan tanah melayu, dan tetapkanlah keteguhan Malaysia sebagai negara Islam.

post signature

0 comments:

 

Copyright © 2013 Reserved to IniCeritaHidupku
Design by Cik Kumbang