Monday, August 26, 2013

~~Aku Yang Dulu Bukanlah Sekarang~~

Monday, August 26, 2013
Semalam, dalam perjalan beraya ke Sabak Bernam Cik Bunga terdengar di Hot Fm lagu Tegar ni...mula2 tu tergelak sakan dek kerana En.Hubby siap hafal lagu ni..walhal Cik Bunga baru pertama kali mendengar..al maklumlah rajin sangat dengar radio......actually lirik dia sangat menyentuh jiwa, liriknya memang menunjukkan hakiki dan realiti hidup di dunia..bila hidup kita susah, dipandang hina dan di pijak-pijak, tetapi bila kita senang kita di agung-agung dan di puji bagai...

Bohong Cik Bunga cakap semua orang yang senang tak pernah melalui zaman kesulitan. Cik Bunga juga begitu, ada masanya Cik Bunga kesempitan, tetapi Alhamdulilah rezeki Allah itu ada....ada di mana2 tak delah sampai nak kena ikat perut....Cik Bunga usaha bermacam-macam untuk ubah haluan hidup Cik Bunga..Cik Bunga tak nak harapkan arwah abah sangat..memang Arwah Abah, berduit, berharta tetapi sampai bila Cik Bunga perlu bergantung padanya???

Dari arwah abah ada, Cik Bunga memulakan langkah dengan membantu mencari pembeli untuk ladang-ladang dan hartanah. Alhamdulilah pembeli yang Cik Bunga dapatkan bersetuju membeli aset-aset yang Cik Bunga jual....Cik Bunga ingat itu semua pada tahun 2008-2009....Azam Cik Bunga waktu tu, Cik Bunga nak jadi kaya raya supaya abah dan emak tak perlu kerja lagi hehehe...tetapi malangnya pada tahun 2009 bapa kandung Cik Bunga telah pergi menghadap Yang Maha Esa, tak sempat Cik Bunga nak bagi dia merasa hidup tanpa tekanan dan dalam kesenangan yang melimpah ruah (ceh!!).... dari hari ke hari, tahun ke tahun Cik Bunga menunggu  hasil Cik Bunga...dari abah ada sampai abah tak ada, dari bapak mertua ada sampai bapak mertua tak ada, dari mak mertua ada sampai mak mertua tak ada masih belum selesai urusan tersebut. Cik Bunga pada awalnya juga sudah pasrah dan putus harapan...alhamdulillah pada tahun lepas urusan telah selesai dengan jayanya..dan hasilnya juga telah Cik Bunga nampak....

Syukur kepada Allah...Alhamdulilah....

Meh layan Tegar-Aku Dahulu dan Bukanlah Yang Sekarang....





P/S : 9/10 punca rezeki itu adalah dari perniagaan, usaha dan atas keizinan dan keberkatan Allah SWT rezeki yang ada di mana-mana itu akan dapat kita nikmati jua. Tak usah berbalah tentang rezeki kerana itu adalah kuasa Allah Yang Maha Besar...Usaha dan doa pasti akan dapat hasilnya..cuma lambat atau cepat sahaja..."Kesabaran amat di perlukan dalam situasi sebegini" :)


post signature

0 comments:

 

Copyright © 2013 Reserved to IniCeritaHidupku
Design by Cik Kumbang