Sunday, May 11, 2014

Happy Mother's Day

Sunday, May 11, 2014

Sempena Hari Ibu Sedunia, Cik Bunga nak ucapkan Happy Mother's Day To All Lovely Mother Out There.


Khususnya kepada mak Cik Bunga Puan Hajjah Foziah Ahmad, Mak, along tahu along notti, along tahu kadang-kadang along lawan mak, along tahu kadang-kadang ada je kita nak berbalah, tapi bila kita berjauhan mak lah orang pertama yang along rindu. Mak, terima kasih atas didikan mak, walaupun mak penat dengan kerja pejabat tika dahulu, tetapi sedikit pun mak tak pernah lupa untuk memberikan ruang masa mak mengajar kami di rumah. Terima kasih atas kasih sayang mak, setiap kali anak-anak mak balik ke kampung, sibuk mak kat dapur memasak setiap masakan kegemaran kami, along tahu tu mak, kalau kami balik kampung, along tahu, mak mesti rasa tak mahu tidur sebab mak seronok anak-anak mak semua berkumpul dekat mak.

Along tak tahu ada kah along mampu membalas semua budi baik mak selama membesarkan along, dengan along yang selalu sakit, dengan along yang kuat merajuk, dengan along yang banyak hal, mak tetap sedia ada untuk along walaupun kadang-kadang along ada menyakitkan hati mak.Yang paling best, mak sentiasa tahu apa dalam pikiran along dan disebabkan itu maklah tempat along bercerita macam-macam.... harap mak tak bosanlah even cerita tu along dah penah cerita hahahaha...

Mak, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya mak, Along Sayang Mak, hug mak ketat2....
Luv u mak..luv u so much!!!!

Nota kaki : Tiap kali citer pasal mak, air mata Cik Bunga tak mahu benti-benti lah...adoiaii....power tak 
kuasa mak tuh?? powerkan???


post signature

1 comments:

norahani said...

baru je baca coretan along ni..sebak bila membacanya..kita-kita sama-sama rasa bagaimana menjadi seorang ibu..ibu akan lindungi apa saja demi anaknya..ibu tak pernah sekali pun mengatakan anak kita hodoh,bodoh, tak guna dan sebagainya..bagi ibu sanggup bertukar nyawa jika diberi pilihan..ibu akan berbohong demi anak-anak..begitulah besar kasih ibu waima anak-anak mereka sudah punyai keluarga sendiri..ibu takkan lena tidur jika tiada pengkhabaran dari anak jika dia tahu anaknya masih dijalanan..sentiasa bimbangkan mereka walaupun dia sendiri tak larat untuk bangun dan demi kasihnya dibawa bersama hingga nafas terakhirnya..
luv u anakku..muahhh

 

Copyright © 2013 Reserved to IniCeritaHidupku
Design by Cik Kumbang