Friday, April 10, 2015

I SURRENDER (Aku Pasrah)

Friday, April 10, 2015

Duhai hati,
Jadilah karang seperti di laut
Tidak hanya sekadar kuat
Tetapi mampu untuk menenangkan ombak

Duhai hati,
Belajarlah untuk bersabar
Belajarlah untuk tetap tersenyum
Walau engkau terluka dengan apa yang terjadi

Duhai hati,
Walaupun kau tersakiti dek orang-orang yang kau cintai
Belajarlah untuk tidak menyendiri
Kerana ada tuhan yang sentiasa menemani
Dalam setiap denyut nadi
Kala kau tidak mampu lagi untuk berdiri

Duhai hati,
Kerana lemahnya engkau
Airmata sering membasahi pipi
Aku mohon kau bertabahlah
Jangan sesekali kau rapuh walau hakikatnya kau sudah mula keretakan
Kerana kalau kau lemah...
Maka aku pun lemah

Duhai hati,
Aku mulai pasrah dek kerana kau yang sering terluka
Aku tahu saat ini juga kau terluka
Perasaanmu amat hiba sehingga tidak terluah dek kata-kata
Seringkali kau diuji
Diasak dengan pelbagai soalan
Namun hati
bersabarlah...itu yang aku mohon darimu

Duhai hati,
Yakinlah bahawa esok masih ada mentari
Yang akan bersinar indah
Meskipun kini mendung menyeliputinya





8.57pm 10 April 2015


post signature

0 comments:

 

Copyright © 2013 Reserved to IniCeritaHidupku
Design by Cik Kumbang