Wednesday, April 17, 2013

Pengembara Malam

Wednesday, April 17, 2013

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, kita masih dapat menghirup udara pagi ini, kita masih diberikan peluang untuk menghadapi hari ini, dan syukur kepada Allah kerana kita masih diberikan kesihatan untuk hari ini. Hari ni, sengaja aku kongsikan tentang pengembaraan aku malam tadi. Aku akui, semalam adalah hari yang cukup penat, cukup stress dan cukup letih bagi ku. Badan aku lemah tak daya, mungkin dek kerana gangguan emosi yang berlaku kepada ku kebelakangan ini. Aku rehat dan berbaring dikatilku, dan tidak semena-mena aku terus terlelap sehingga ke subuh. Sepanjang itu juga pengembaraan roh ku bermula, dalam mimpi ku malam tadi, aku pergi ke tempat yang sangat cantik, bergunung ganang, sejuk mata memandang, dapatku rasakan udaranya yang nyaman. Ku lihat di kejauhan itu, di puncak-puncak gunung di litupi ais salji manakala aku yang berada di kaki gunung, sekelilingku penuh dengan tumbuhan bewarna hijau yang cantik. Kemudian mata ku tertumpu pada kelibat seseorang.... Ya..dia arwah abahku, aku nampak abah, abah senyum padaku, abah memegang sebuah buku, pakaian abah kemas seperti mana dia berada di dunia ini. Aku menuju ke abah, tapi abah menolak ku jauh seolah-olah dia tidak berapa suka akan kehadiranku. Jelas kelihatan abah senyum padaku, dan pada saat yang sama dia menggelengkan kepalanya kepada ku, seumpama menyatakan tidak....dan akhirnya aku jatuh tergelongsor tak tahu bagaimana aku jatuh dari tempat pertemuan aku dan abah. Aku terus terjaga dari tidurku, ku lihat di telefon bimbitku jam menunjukkan pukul 6.15 pagi...aku pun bingkas bangun untuk bersedia mengerjakan solat subuh. Dalam doaku, aku berdoa kesejahteraan abah dan tidak kulupa Al-Fatihah untuk abah.... Sehingga ke pagi ini, aku berfikir tentang mimpiku....tempat apakah yang aku pergi malam tadi? adakah syurga? tapi demi Allah tempatnya tersangat cantik, tapi apa aku pasti, belum tiba masanya lagi aku pergi, sebab itu abah menolakku dan menggelengkan kepala kepadaku sambil tersenyum.....

Apa-apa pun, aku bersyukur kerana aku dapat melihat lagi realiti dunia ini pada hari ini, dan masih diberikan peluang untuk aku mengumpul bekalan ke alam sana nanti....


0 comments:

 

Copyright © 2013 Reserved to IniCeritaHidupku
Design by Cik Kumbang