Friday, April 19, 2013

Rendang Oh Rendang...

Friday, April 19, 2013

Rendang Oh Rendang... Haaaa..bukan tak reti masak rendang ye...cuma di pendekkan ceritanya...aku ni berkawin dengan suku sakat orang nogori...makanya tekak cik abangnye dah sebati dengan masakan orang nogori....aku ni plak orang johor..jadi cara masakan aku of coz lah cara orang johor + jawa....hhehehehe.... dan sebenarnya pasal rendang ni, cik abang aku ni suka benar dengan rendang kaler kuning tuh..dan aku ni ha...sebelum kawin tak pernah makan rendang kaler kuning ni apatah lagi nak masak...so bila dah berkahwin..arwah mak mertua aku suka betul masak rendang kaler kuning ni kalau raya....hurmm....sedap..dan pedas.... bukan macam rendang biasa kaler coklat yang dah sebati kat tekak aku ni.... dari arwah mak mertua aku ada..aku suka dok risik dan tengok macam mana dia buat, dan aku cuba buat pertama kalinya semasa arwah mak mertua ku sakit dan dah tak berdaya untuk  dia masak rendang kaler kuning tuh.... ingat2 balik kelakar...yelah dah en suami suka..mesti kenalah cuba masak..... 

Percubaan Pertama (Seingat Raya Haji Kot) : Cik abang kata, sedap tapi terlalu pedas...hahahaha

Yelah mana lah tak pedas, mana reti nak agak cili padi tu....kang kurang plak tak sedap sebab tak pedas....tapi demi Allah memang pedas tak ingat..oleh kerani si isteri masak, cik abang pulun jugak rendang pedas tak ingat tu......dan baru2 ni, tak silap  Rabu hari tu, aku teringin benar nak makan rendang kaler kuning tuh, memandangkan aku pernah tengok master chef orang nogori "Andah"(makcik sebelah En Suami) ni masak rendang kuning ni..jadi kali ni aku konfiden untuk buat..sebab masa Andah masak aku tengok dari mula sampai siap...hehehehe...keputusan cubaan kedua :-

Percubaan Kedua (Baru je lagi) : Cik Abang kata, ada rasa manis sikit la......hahahahaha

Mana tak manis yang oii...ni pun gara2 tak reti agak cili padi lah...dah masak2 sat gi rasa mak aii. pedehnyer..(loghat perak) jadi aku ni nak kurang kan pedas nya dok lah tambah gula...bila kena kat tekak aku, aku tak pun rasa manis sangat..sedang-sedang elok je bak orang kata....tapi cik abang kata manis sikit..tapi sedap..... dan kerana  si isteri ni masak, cik abang pulun tak ingat rendang tuh.....

Diharapnya, percubaan ketiga aku akan datang berjaya lah untuk  PERFECT rendang kaler kuning ni....tapi bila eh agaknya percubaan ketiga tuh???????? tunggu.......
bila mencapai PERFECT tu akan aku kongsikan juga disini...sekali ngan resepi...ceh..............hehehehe.....

Ta Ta...Jumpa Lagi!!!

0 comments:

 

Copyright © 2013 Reserved to IniCeritaHidupku
Design by Cik Kumbang